PORTAL RASIMI PERTUBUHAN AL-KHAIRIAH MERSING

TAHNIAH

Pertubuhan Al-Khairiah Mersing mengucapkan tahniah kepada 4 orang murid Tahfiz Al-Falah MATAM yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Peringkat Daerah Mersing 2023 iaitu :
  1. Ahmad Solehin bin Ahmad Azlan
  2. Muhammad Aisy Akmal Hamka bin Mohd Husairy
  3. Muhammad Nufail bin Mazlan
  4. Nur Raudhah Faqihah bt Alias
Alhamdulillah, tahniah kepada semua barisan guru Tahfiz Al-Falah MATAM khususnya barisan guru KAFA berkat kerjasama semua Allah memberikan keputusan yang cemerlang.
Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan ini dan lebih baik pada masa akan datang.
ألف مبروك
 
Ikuti kami di :
📌Facebook
LAGI

INFAQ BANGUNAN AKADEMIK & MUSOLLA PUTERI MATAM

PELUANG SAHAM AKHIRAT
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Menjelang akhir Ramadhan ini, marilah kita perbanyakkan amalan bersedeqah Jariah sebagai saham Akhirat.
Oleh itu, tuan/puan yang berkelapangan untuk memberi Infaq, boleh salurkan ke akaun yang tertera di atas.
Jazakumullahkhyr 🌹
رمضان كريم
تقبل الله منا ومنكم
LAGI

BACAAN KHATAM AL-QURAN MALAM 17 RAMADHAN 1445H

Sekitar Majlis Bacaan Khatam Al-Quran SMA Tahfiz Integrasi Al-Khairiah (MATAM) di Musolla Al-Mursyid sempena Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1445H.

Ikuti kami di :

LAGI

PEMBINAAN MUSOLLA PUTERI DAN BLOK B AKADEMIK PELAJAR PUTERI MATAM.

6 Ramadhan 1445H : Alhamdulillah, PEMBINAAN MUSOLLA PUTERI DAN BLOK B AKADEMIK PELAJAR PUTERI MATAM sedang dijalankan dan masih memerlukan dana untuk menyiapkannya. Jom rebut peluang gandaan pahala pada setiap infaq dan sedekah yang dihulurkan. Semoga infaq yang diberi akan diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan dan menjadi amal jariah yang membantu bila kita kembali kepadaNya.
 
010-960-100-17014
Bank Islam
Pertubuhan Al-Khairiah Mersing.
 
 
LAGI

KULIAH SUBUH RAMADHAN

KULIAH SUBUH berkitab 40 Hadis Pilihan.
 
Antara program sepanjang Ramadhan yang akan dilazimi setiap tahun. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan perjalanannya menuju syurga. Malaikat akan menaungi penuntut ilmu dengan sayapnya kerana reda terhadap perkara yang dia lakukan.
 
Sepanjang Ramadhan, orang ramai boleh turut serta dalam sesi pengajian kuliah Subuh di MATAM. Teruskan menyumbang kepada pembangunan MATAM :
 
010-960-100-17014
Bank Islam
Pertubuhan Al-Khairiah Mersing.
 
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
LAGI

MUDIR MATAM DINOBATKAN SEBAGAI TOKOH MA’AL HIJRAH 1440H

Assalamualaikum, Alhamdulillah Sekalung Tahniah diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Shamsudin Bin Sukami Al-Hafiz, Mudir Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing [MATAM] kerana telah dinobatkan sebagai TOKOH MA’AL HIJRAH 1440H peringkat daerah Mersing.

“AL-QURAN DAN AS-SUNNAH PANDUAN KAMI”

LAGI

KERJA-KERJA MENAMBAK TANAH BAGI PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ BANAT

Assalamulaikum wbt, Pihak Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing (MATAM) sedang memulakan kerja-kerja menambak tanah bagi pembinaan Kompleks Tahfiz Banat. Sepanjang proses ini, kawasan berhampiran MATAM dan kawasan laluan lori-lori tanah akan terdedah kepada debu terutamanya pada musim panas. Justeru, pihak MATAM memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan kepada penduduk-penduduk yang terjejas.

LAGI

KULIAH BULANAN MAAHAD TAHFIZ AL-KHAIRIAH

Assalamualaikum, Alhamdulillah Kuliah Bulanan disampaikan oleh Prof Dr Habib Abd Kadir Al Habsyi (Penasihat Pertubuhan Al Khairiah Mersing) berlangsung dengan baik di MATAM.

LAGI

LAWATAN PENANDA ARAS MAAHAD TAHFIZ AL-KHAIRIAH MERSING

Assalamualaikum..Alhamdulillah Lawatan Penanda Aras Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing ke Beberapa pusat Pengajian Tahfiz (Melaka-N.Sembilan-Selangor) pada 2-4 Ogos 2018 (Khamis-Sabtu)

LAGI

PENGAJIAN ILMU BULANAN KITAB ASMAUL HUSNA BERSAMA PROF DR ARIEF SALLEH BIN ROSMAN

Assalamualaikum, Alhamdulillah berlangsung dengan baik atas Rahmat dari-Nya Pengajian Ilmu Bulanan ‘ Kitab Asmaul Husna ‘ Bersama Prof Dr Arief Salleh Bin Rosman (Pensyarah UTM Skudai- Ahli Majlis Fatwa N. Johor & Kebangsaan)

LAGI

Image News
Image News

Image Banner